Maklumat Surau

SEJARAH

Rancangan pembinaan Surau Al Mustaffa (kini Al Musthofa) telah bermula pada 18 Januari 2009 ketika Panitia Pendidikan Islam mengadakan aktiviti gotong royong membersihkan surau yang mencetuskan idea apabila mendapati struktur bangunan yang agak usang dan kecil untuk menerima jemaah murid yang semakin ramai ketika itu.
Surau Al Musthofa telah melalui perbagai fasa perbincangan awal untuk merealisasikan hasrat ini. Pada Oktober 2009, secara rasminya, cadangan pembinaan surau baharu yang bernilai RM200,000.00 telah dibawa semasa mesyuarat pengurusan sekolah dan pada 3 November 2009 mesyuarat pertama AJK Pembinaan Surau Al Musthofa telah diadakan.
Bermula tarikh tersebut AJK Pembinaan Surau yang diketuai oleh YDP PIBG, Tuan Pengetua dan AJK telah berusaha keras mencari dana dan menguruskan prosedur yang diperlukan. Pada 15 September 2014 surau lama telah dirobohkan namun tertangguh pembinaanya. Seterusnya pada 9 Disember 2014 satu mesyuarat khas pembinaan surau baharu yang telah dipengerusikan oleh Pengetua Tuan Hj. Hishammuddin bin Sirat telah memutuskan supaya pembinaannya perlu disegerakan.
Penjenamaan semula, pengubahsuaian rekabentuk dan pemilihan kontraktor telah dilakukan dengan anggaran kos RM400,000.00. Pada 8 Mei 2015 bersamaan hari Jumaat majlis pecah tanah telah dilakukan bagi kerja mula pembinaan surau baharu. Dan bersempena peristiwa gerhana matahari pada 9 Mac 2016 surau telah siap dibina dan telah mula digunakan oleh warga sekolah untuk mendirikan solat sunat dan khutbah gerhana matahari; dan seterusnya telah digunakan hingga kini bagi murid-murid menunaikan solat, PdP dan aktiviti-aktiviti kerohanian yang lain..