Apa itu Pusat Akses Sekolah ?
Pusat Akses Sekolah mengamalkan
konsep ala “cyber cafe” tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran. Ia merupakan
satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat
pembelajaran kendiri (self learning). Murid boleh mencari danmemilih sumber
pembelajaransecara sendiri mengikut kadar kendiri,terarah kendiri dan akses
kendiri.
Pusat Akses sekolah merupakan satu
bentuk sokongan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Ia membolehkan warga
sekolah khasnya murid mendapatkan maklumat dan berkomunikasi melalui penggunaan
teknologi maklumat.
Proses pembelajaran di Pusat Akses
Sekolah boleh berlaku pada bila-bila masa. Murid boleh menggunakan kemudahan
Pusat Akses Sekolah pada waktu terluang mereka dan guru bertindak sebagai
pemudah cara dengan membuat pemantauan dari semasa ke semasa.