KARNIVAL KOKURIKULUM 2017

Karnival Kokurikulum 2017 berlangsung pada hari rabu 27 september 2017 bertempat di SMK Dato' Mustaffa. Karnival yang julung-julung kali diadakan ini merupakan satu acara kemuncak bagi kegiatan kokurikulum di sekolah. Sambutan ini juga merupakan satu platform yang baik bagi memberi ruang dan peluang yang seluas-luasnya kepada semua pelajar menyertai atau melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan, sama ada dalam bidang permainan, kelab persatuan mahu pun  Unit Pakaian Seragam . Semua ini merupakan usaha bersepadu bagi meningkatkan penglibatan dan kecemerlangan dalam kalangan para pelajar.Selain itu para pelajar boleh mengembangkan bakat , minat,kecenderungan dan kreativiti mereka dalam aktiviti serta pertandingan yang mereka sertai.
                                                                      




Majlis Pelancaran Karnival
Kokurikulum 2017 oleh Tn Pengetua,
PK Pentadbiran dan PK Kokurikulum



 Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform Pandu Puteri, Kadet Pertahanan Awam, Kadet Polis dan lain-lain