Piagam Sekolah





  PIAGAM PELANGGAN


Untuk merealisasikan visi melahirkan insan yang cemerlang dalam semua bidang kehidupan, kami warga SMK Dato’ Mustaffa berjanji akan menyempurnakan hak-hak    pelanggan kami iaitu:
Pelajar.
Memberi peluang dan layanan yang adil kepada semua     pelajar untuk memperkembang dan menyuburkan potensi diri dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek melalui proses pendidikan dan prasarana yang berkualiti.
Kakitangan Sekolah.
Menyediakan suasana kerja yang kondusif dan                 memberangsangkan serta memberi peluang yang adil dan saksama kepada semua guru dan kakitangan sokongan untuk meningkatkan profesionalisma diri.
Ibu bapa dan masyarakat.
Memberi layanan segera, cekap dan mesra kepada ibu bapa dan menjalin pemuafakatan dengan masyarakat setempat.